RSS
 

Minggu Sibuk Bakal Bermula..

20 May

 

Sejak Jumaat lepas, aku seakan tiada masa untuk mengadap PC, kemaskini status di setiap laman sosial dan juga mencatat cerita baru dalam blog. Hari itu sangat sibuk dan tertekan dengan persiapan presentation kelas Research Method. Ada 20 journals dan buku perlu dibedah siasat dan dicatat untuk mencari lompong mengisi kajian aku pulak. Sayangnya semalam aku tak berkesempatan nak present. Ingatkan lagi cepat selesai boleh terus move on dengan kerja-kerja lain pula.

Akhir-akhir ini aku cepat sangat letih. Nak membaca pun perlukan konsentrasi yang sangat tinggi. Aku pernah terlelap dengan PC masa sibuk menyiapkan assignment. Itu belum masuk keadaan-keadaan lain seperti kerap ke bilik air dan kadar kepanasan yang menduga. Itu satu keadaan yang normal katanya.. Jadi aku bersabar dan melaluinya dengan rasa hati-hati. Baju, seluar dan selipar sudah bertukar mengambil kira keselesaan dan pengembangan badan.

Hari ini aku sibuk menyiapkan kertas dan slide untuk pembentangan esok. Harapnya menepati kehendak yang disasarkan.

Aku sudah lama tidak berehat di pulau, naik kapal terbang dan bersantai gembira di hotel. Asyik batal aje semua perancangan. Cepatlah cuti semester…Aku nak berehat saja rasanya.

 

Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Malaysia Web Hosting

Transformasi Program dan Stesyen : Keremajaan Apakah?

17 May

Ia adalah sesuatu kenyataan yang klasik. RTM harus meremajakan program dan stesyen mereka menepati kehendak sejagat dan tok nek-tok nek lain ke arah transformasi seperti yang dilaungkan pak menteri. Wartawan media cetak yang menulis juga bukan main menggunakan seindah-indah bahasa dan contoh ke arah keremajaan hippies dan muda belia. Mengambil contoh manusiawi dan memuji orang-orang itu dan ini yang melaksanakan bla..bla..bla..

Secara peribadi aku katakan mereka sendiri yang berkata bergantang-gantang itu tidak menonton RTM. Bagilah apa juga alasan, gambar tak cantik, bunyi tak sedap,  tak gemar dan lain-lain. Program sedia ada sebenarnya seiring dengan program yang ada di stesyen swasta. Bahkan jika dihantar ke festival luar negara, ada yang pernah menang pun. Aku berani cakap program seperti Explorasi, Xpresi Kembara hatta Agrotek sekalipun kalau disiarkan di stesyen swasta mampu menarik khalayak yang ramai menonton.

Jadi, tidak cukup remaja dan transformasikah? Ini yang pertama –  cakap senang padahal sebiji butir apapun orang tu tak faham :)

Penambah-baikan dan pengisian program dibuat saban musim. Ada yang berubah, cuba yang menonton perasan atau tidak. Jadi nak salahkan penonton atau penerbit kalau jadual siaran memanjang tukar? Dari elok hari Sabtu jadi Selasa, dah mengumpul penonton dan promosi macam nak roboh tukar lagi dan lagi dan lagi. Siapa yang tak setuju dengan kenyataan ini? Aku gerenti semua penerbit pernah laluinya sama ada dengan senyum, bantahan, redha atau lantakkan aje.

Errr…tranformasi tu kena tukar jadual belting mengikut mergastua ke arah tranformasi transformer decepticon? Ini yang kedua – cakap sonang, padahal sekelumit apa korang tak faham.

Ini aku tak masuk lagi kes artis berjadual, artis takde jadual, staff tak bole claim, penjimatan bla bla bla tapi kalau program tak megah mana tu boleh aje.

Program mana yang sendu, harus diperbaiki. Itu aku setuju, tapi program itu terbitan in house atau beli? Asal siar RTM main pukul rata aje, padahal yang menilai proposal, menilai kualiti program swasta serta pembikinnya itu perlu dibawa kemuka pengadilan. Mentang-mentang namanya kakitangan kerajaan, kadang-kala diperlakukan macam orang tak sekolah oleh pangkat tinggi-tinggi yang datang dari mana-mana entah!

Jadi nak salahkan siapa? Transformasi mananya? Banyak geng…Jangan pelupuh yang sibuk buat kerja termasuk pemandu yang tinggalkan anak isteri untuk membantu penerbitan menyiapkan tugasan. Bahagian penjadualan, bahagian pemasaran, strategik, kajian apakah dan lain-lain. Itu belum masuk permintaan mengarut selitkan itu ini sebab dia kenal ngok ngek tomakninah lain. Sekatannya lebih dasyat dari 44 army block yang aku kena di sempadan Thai.

Nasib aku cuti..kalau tak aku lancang mulut aku menjawap. Kalau nak remaja sangat – pergi cucuk susuklah!

 

Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Malaysia Web Hosting

Selamat Hari Guru,Cikgu!

17 May

Hari Guru disambut serentak diseluruh negara semalam. Semua orang menggunakan laman media sosial untuk menyampaikan penghargaan kepada guru-guru yang pernah mengajar mereka. Tak kurang menggunakan Twitter untuk menulis trivia ringkas guru-guru yang pernah mengusik hati mereka.

Aku juga begitu. Yang mana aku ada nombornya, aku layangkan SMS tanda ingatan dan hormat. Sejak tahun lepas, selepas reunion SKLK aku sering berutus khabar dengan Cikgu Misel Khan Umbrass Khan. Namanya unik, seunik orangnya dan seunik tinggi dan beratnya. Menurut Cikgu Misel, hanya aku yang mengutus ucapan selamat. Tapi aku yakini sebenarnya bukan pelajar lain tak ingat, mereka cuma tiada nombor telefon. Durhaka jika anak murid tak ingat cikgu. Cikgu tak ingat anak murid itu lumrah. Beribu-ribu diajar saban tahun bersilih ganti, mana nak ingat semua. Kecuali korang ada rekod yang epik, barulah ingatan cikgu itu akan lestari pada seseorang individu. Yup, riwayat hidup zaman sekolah aku sangat epik. Hampir semua orang kenal – deal with it :)

Guru adalah satu pekerjaan yang mulia, semulia jasa dan bakti yang dicurahkan. Jika ada keikhlasan dalam berkerja, semua tampak indah dan langit juga semakin biru terangnya. Guru dulu dan sekarang, jauh bezanya. Dulu guru darjatnya sangat tinggi, kini guru tak ubah kerja makan gaji terutama di bandar besar bila mana anak murid lebih berkuasa dari kuasa guru itu sendiri.

Kerja apapun kena ikhlas..Aku pernah pohon menjadi guru tapi gagal. Tiada rezeki di situ. Menjadi penerbit rancangan juga tak kurang hebatnya. Jadi aku teruskan apa yang tersurat dalam hidup aku. Cuma aku kesalkan mereka yang menjadi guru semata-mata untuk mendapat kerja tetap. Kerja memang susah nak dapat. Guru seolah pilihan terakhir. Yang mana sempat menyemai rasa sayang atas kerjaya ini memang kudos aku ucapkan. Tapi buat yang masih melantak-lantak, membentak-bentak dan asal dapat gaji, semoga Allah merahmati anda semua.

Buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku sama ada di bilik darjah atau di lapangan sukan, hanya Allah SWT sahaja dapat membalas jasa kalian. Buat cikgu-cikgu yang memandai-mandai menjadi nujum kepada masa depan aku yang banyak sisi negatif – maaf, cikgu salah :) Buat cikgu yang piat telinga aku, tarik rambut dan membentak-bentak, mungkin kerana itu aku berjaya dalam pelajaran.  Aku bersekolah rendah di SK Lembah Keramat dan SMK Lembah Keramat. Jika ada pembaca yang menggoogle info sekolah dan terjumpa artikel ini, khabarkan pada cikgu-cikgu itu semua – aku tidak pernah lupakan jasa mereka.

Selamat Hari Guru, Cikgu…

 

Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Malaysia Web Hosting

Dark Shadows : Filem Yang Sepatutnya Luarbiasa, Biasa-Biasa Aja

17 May

Ahad minggu lepas, aku dan Hadi menonton filem Dark Shadows di The Summit USJ, tempat biasa kami dating dan menonton wayang sejak 11 tahun lalu. Sebelum menonton wayang, kami membeli beberapa pasang seluar dan baju sebagai persediaan sebelum badan aku membesar bagai Johan.

Aku memang nantikan filem ini atas dua sebab utama – Johnny Depp dan Tim Burton.  Mungkin salah aku juga meletakkan harapan yang tinggi pada filem ini. Secara pukul rata, aku beri 6/10 sahaja skala tonton untuk Dark Shadows. Ia tidaklah lucu sangat, tidaklah menghiburkan sangat – semuanya atas par sahaja.

Plot ceritanya sangat mudah. Barnabas (Johnny Depp) membesar di Collinwood sebagai seorang kaki perempuan disumpah oleh Angelica (Eva Green) kerana cintanya tidak berbalas. Angelica, seorang ahli sihir menyumpah Barnabas menjadi seorang pontianak yang tidak akan menemui kebahagiaan sebelum akhirnya menanam hidup-hidup Barnabas yang masih enggan menerima cinta Angelica. 200 tahun kemudian, kerandanya dijumpai, dia kembali ke Collinwood, berjumpa waris, jatuh cinta dan balas dendam. Semudah itu :)

Selain Johnny Depp, filem ini dibarisi oleh pelakon yang hebat seperti Michelle Pfeiffer, Helena Bonham Carter, Jackie Earle Haley, Jonny Lee Miller, Eva Green, Chloe Moretz, Bella Heathcote, Thomas McDonell, Gulliver McGrath.

Sudahlah filemnya bertahap biasa-biasa, tontonan aku diganggu oleh pasangan sengal mana entah. Yang gelak tidak mengikut cue, tak tentu hala dan menjengkelkan. Sabar ajelah. Aku masih dengan kata-kata, rupa yang handsome tidak dapat menghilangkan rasa kesal atas masa yang terbuang.

 
No Comments

Posted in Filem

 

Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Malaysia Web Hosting

How I Met Your Mother Season Finale : The Magician’s Code

15 May

image

Akhirnya dapat juga aku tengok episod ini tadi. Ramai rakan-rakan yang sudah tengok memberikan komen sesuatu yang lain dari telahan tentang bakal isteri Barney diakhir episod akan membuat kita berkata-damn…damn…damn…macam lagu Avril Lavigne.

Apapun,aku bersyukur sebab episod finale ini aku saksikan dalam keadaan aku sedang berbadan dua. Aku masih ingat bila episod Symphony of Illumination aku tengok dalam keadaan aku tengah intensif membuat rawatan di PPUM. Ketika itu semuanya samar dan aku mudah mengandalkan nasib Robin seakan bayangan nasib kami masa depan. Berminggu-minggu aku murung sebab episod itu saja!

Lily dan Marshall mendapat anak lelaki yang diberi nama Marvin Wait-for-It Eriksen. Memang unik dan ohsem! Dr. Sonya adalah alasan aku dan Hadi menghalalkan semua keteringinan makan yang ada. Favourite quote kami ialah “just a little bit”. Menyaksikan kesukaran Lily bersalin sedikit menakutkan, tapi semuanya indah untuk Lily dan Marshall dengan kehadiran baby Marvin.

Robin meminta Ted menghubungi Victoria kembali. Kenyataan dia aku setuju. Dalam banyak-banyak teman wanita Ted, Victoria lebih serasi untuk membentuk keluarga. Victoria jumpa Ted di bar Mac Larens dengan pakaian pengantin. Ted sepatutnya membawa Victoria ke gereja tetapi diakhir cerita dia membawa Victoria ke satu tempat lain. Ok, ini aku boleh terima sebab Ted dengan Victoria perlu diberi peluang kedua, waaaalaupun tidak tentu menjadi suami isteri.

Barney membuat lawat sengal di lapangan terbang. Dia diminta membuka satu kotak yang kononnya akan dibuka di Hawaii, semasa percutian Barney dan Quin. Barney enggan membuka kotak itu atas alasan – The Magician’s Code. Memang lawak. Akhirnya, dia terpaksa membuka kotak itu dan melamar Quin di situ juga. Aku dah gembira ria dikala itu sebelum di anti klimakskan dengan pengantin sebenar ialah Robin! Aku harap ini adalah perkahwinan lain, dengan orang yang lain. Kalau betul Robin end up dengan Barney, sangat-sangat terjangka. Failed la :) Kesian Quin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
No Comments

Posted in Hiburan

 

Get paid for your opinions! Click on the banner above to join Planet Pulse. Its totally free to sign up, and you can earn UNLIMITED. Find out more by visiting PLANET PULSE.
Malaysia Web Hosting